Cari @ Amanz

Twitter Communities Dilancarkan Sebagai Pesaing Kepada Facebook Groups

Link Copied!

Satu lagi hari berlalu dan satu lagi fungsi baharu dilancarkan oleh Twitter dan hari ini giliran Communities pula. Apakah Communities? Ia adalah ciri seakan Facebook Groups yang membolehkan pengguna Twitter membuka komuniti tersendiri untuk melakukan perbincangan topik yang diminati bersama.

Communities pada waktu ini hanya boleh disertai oleh sebilangan kecil pengguna menerusi jemputan yang juga terhad. Setiap pengurus dan moderator Communities boleh menjemput sebanyak mungkin pengguna lain untuk menyertai komuniti yang dibentuk. Setiap ahli biasa pula boleh menjemput sehingga lima lagi pengguna.

Walaupun jemputan adalah terhad dan tertakluk kepada pengurus, kesemua pengguna Twitter boleh melihat susur masa kesemua Communitues yang telah dubuka. Ahli Communities kemudiannya boleh memilih untuk memuat naik status ke susur masa biasa atau turut dimuat naik Communities dari skrin mengarang ciapan biasa.


Komen ()