Cari @ Amanz

Bermula dengan Google kemudian diikuti pula oleh Samsung, Oppo, OnePlus, Poco, Sony dan Vivo. Pendek kata sokongan kemaskini tiga versi sistem opersi Android kini menjadi tarikan pengguna yang tidak mahu bertukar peranti dengan kerap. Pengeluar seterusnya yang akan menyokong peranti lebih lama ialah Xiaomi.

Xiaomi mengumumkan sokongan tiga versi Android akan diberikan bermula dengan Xiaomi 11T Pro dan Xiaomi 11T. Turut akan diberikan ialah sokongan tampalan sekuriti Android selama empat tahun. Bagi pemilik peranti Xiaomi yang lain, mereka mempunyai perancangan mengembangkan tempoh sokongan yang sama pada beberapa peranti terpilih tetapi senarai lengkap belum dikongsi pada waktu ini.

Pengumuman hari ini adalah amat dialu-alukan. Seperti yang kami tulis mengenai Xiaomi tahun lalu, jika mereka ingin menjadi pengeluar peranti kedua/terbesar dunia dalam masa terdekat kemas kini yang setanding Samsung perlu diberikan. Samsung mempunyai kelebihan setakat ini kerana sokongan sistem operasi tiga tahun turut ditawarkan kepada peranti kelas pertengahan Galaxy A mereka

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd