Vivo X70 Pro+, X70 Pro dan X70 Kini Rasmi – Snapdragon 888+ dan Kamera Dengan Sistem Gimbal

Diterbitkan pada Sep 9, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Siri Vivo X70 dilancarkan hari ini terdiri daripada tiga peranti iaitu Vivo X70 Pro+, Vivo X70 Pro dan Vivo X70. Ketiga-tiga peranti ini menumpukan perhatian kepada kemampuan fotografi yang terbaik dan turut yang pertama menggunakan cip ISP V1 yang dikeluarkan sendiri oleh Vivo.

Vivo X70 Pro+ ialah model paling mercu dengan skrin 6.78″ AMOLED FHD+ dengan kadar segar semula 120Hz, dijana cip Snapdragon 888+, memori sehingga 12GB RAM, storan sehingga 512GB UFS 3.1, dan bateri 4500 mAh yang menyokong pengecaasan 55W berwayar dan 50W secara nirwayar.

Sistem kamera utama menggunakan 50 MP sudut lebar, 48MP ultra sudut lebar, 12MP potret dan 8MP dengan zum periskop. Sensor 48MP ini dilengkapi sistem gimbal 4 paksi. Seterusnya kamera hadapan adalah sebesar 32MP. Keunikan model ini ialah ia mempunyai bonggol kamera kaca yang amat besar pada bahagian bealakang. Pada awalnya ia memberikan gambaran seakan ia skrin sekunder tetapi ini adalah tidak benar. Kerana ia sebuah peranti mercu, ia turut mempunyai piawaian kalis air IP68.

Vivo X70 Pro ialah model dengan skrin 6.56″ AMOLED FHD+ dengan kadar segar semula 120Hz, dijana cip Exynos 1080, memori sehingga 12GB, storan sehingga 512GB UFS 3.1 dan bateri 4450 mAh yang menyokong pengecaasan 44W.

Sistem kamera utama menggunakan 50 MP sudut lebar, 12MP ultra sudut lebar, 12MP potret dan 8MP dengan zum periskop. Seterusnya kamera hadapan adalah juga sebesar 32MP.

Akhir sekali Vivo X70 ialah model paling mampu milik di antara ketiga-tiga model dengan skrin 6.56″ AMOLED FHD+ dengan kadar segar semula 120Hz, dijana cip Mediatek Dimensity 1200, memori sehingga 12GB dan storan sehingga 256GB UFS 3.1 dan bateri 4400 mAh yang menyokong pengecaasan 44W.

Sistem kamera utama menggunakan 40 MP sudut lebar, 12MP ultra sudut lebar, dan 12MP potret. Sekali lagi kamera hadapan adalah sebesar 32MP. Ini ialah satu-satunya model dalam keluarga X70 yang tidak dilengkapi cip V1.

Harga jualan untuk Vivo X70 Pro+ bermula dari RMB 5499 (~RM 3532) untuk versi 8/256 dan meningkat ke RMB 6999 (~RM 4496) untuk versi 12/512GB. Vivo X70 Pro pula dijual pada harga bermula RMB 4299 (~RM 2761) untuk versi 8/128GB dan meningkat ke RMB 5299 (~RM 3404) untuk versi 12/512GB. Akhir sekali Vivo X70 dijual pada harga bermula RMB 3699 (~RM 2376) untuk 8/128GB dan meningkat ke RMB 4299 (~RM 2761) untuk versi 12/256GB.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami