Khairy Arahkan Pasukan MySejahtera Selesaikan Masalah Sijil Digital Dalam Tempoh Seminggu

Diterbitkan pada Sep 9, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Khairy Jamaluddin, Menteri Kesihatan kini memberikan tempoh seminggu untuk pasukan aplikasi MySejahtera, untuk menyelesaikan kes penerima vaksin yang tidak dipaparkan sijil digital pada aplikasi MySejahtera, walaupun telah lengkap dua vaksin Covid-19.

Sementara itu, mereka yang terkesan diminta untuk membawa dan menggunakan kad fizikal yang disediakan KKM untuk sementara waktu, sebagai bukti penerimaan vaksin.

Sebelum ini, pihak MySejahtera turut menyediakan pilihan khas di Helpdesk MySejahtera untuk menyelesaikan masalah ini. Dan dengan langkah baik arahan menteri ini, diharap masalah ini dapat diselesaikan dan melancarkan lagi kehidupan harian orang ramai yang telah menerima vaksin lengkap.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami