Cari @ Amanz

Facebook hari ini secara rasminya telah memperkenalkan kaca mata pintar mereka yang pertama, hasil kerjasama dengan Ray-Ban. Kaca mata ini dikenali dengan nama Ray-Ban Stories.

Ray-Ban Stories ini menggunakan rekaan bingkai klasik Ray-Ban, dan turut hadir dengan integrasi dua kamera dihadapan untuk memudahkan pengguna merakamkan video dan gambar.

Ray-Ban Stories ini menggunakan kamera 5-megapixel, turut dilengkapi cip Snapdragon, sebuah pad sesentuh untuk kawalan, selain turut dilengkapi dengan tiga mikrofon dalam memastikan rakaman suara yang baik, selain speaker untuk memudahkan anda mendengar lagu.

Ray-Ban Stories turut dilengkapi dengan sebuah LED khusus yang bercahaya apabila kamera beroperasi. Facebook mengatakan pengguna boleh merakamkan gambar, atau video selama 30 saat menggunakannya. Pengguna seterusnya boleh berkongsi terus rakaman mereka ke Facebook, Instagram, Twitter, WhatsApp mahupun TikTok.

Selain itu, pengguna turut boleh menggunakannya untuk mendengar lagu dan sebagainya.

Facebook menawarkan Ray-Ban Stories pada harga $299, dan akan ditawarkan di beberapa buah negara.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd