Facebook Sedang Membangunkan Cip Tersendiri Memfokuskan Pembelajaran Mesin

Diterbitkan pada Sep 10, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Facebook kini dilaporkan sedang turut membangunkan cip tersendiri, dengan fokus terhadap pembelajaran mesin.

Berbeza dengan yang lain, Facebook sedang membangunkan rekaan cip ini secara dalaman tanpa bantuan sebarang firma.

Dengan membangunkan cip tersendiri, ia membolehkan Facebook untuk lebih mengoptimasikan penawaran, dan dijangka akan membolehkan pusat data mereka lebih efisien berbanding penggunaan penawaran pihak ketiga.

Sebelum ini, Facebook sedia membangunkan cip dengan rakan kerjasama lain, mengoptimasikan khusus untuk antaramuka AI, selain meningkatkan lagi prestasi pengoptimasian video –  pada masa yang sama menjadikan infrastruktur pusat data mereka lebih efisien.

Selain Facebook, sejumlah syarikat gergasi turut kini memfokuskan pembangunan cip tersendiri, termasuk Amazon, dan juga Google.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami