Carian
17Live Dijenamakan Semula Dengan Hasrat Menjadi Aplikasi Penstriman Siaran Langsung Utama Dunia
September 10, 2021 Fahim Zahar

17Live adalah aplikasi media sosial penstriman siaran langsung yang ditonton secara menegak. Ia mula diperkenalkan pada tahun 2015 dan berasas di Taiwan dan telah menjadi aplikasi penstriman langsung paling popular di Jepun hanya selepas setahun dilancarkan.

Tahun ini, aplikasi ini telah mencatat rekod 2 juta pengguna aktif dan mempunyai kontrak bersama 46 ribu selebriti seluruh dunia. Bermula sebagai aplikasi penstriman langsung memfokuskan muzik, kini ia menjadi untuk gaya hidup dan bebas kepada pengguna untuk kongsi apa jua.

Baru-baru ini, 17Live (disebut seventeen live) telah dijenamakan semula sebagai 17Live (one seven live) dan turut mempunyai logo baharu yang membawa maksud 1 dunia, 7 benua dan warna merah membawa maksud ikon rakaman ataupun sesi siaran langsung sedang bermula.

Untuk memudahkan sokongan kepada pengguna seluruh dunia, pejabat di Jepun akan menjadi ibu pejabat mereka dan akan mempunyai enam cawangan di seluruh dunia.

Sejak pandemik bermula, pengguna di platform ini semakin bertambah kerana memudahkan lebih ramai orang berinteraksi antara satu sama lain serta memudahkan juga peminat bertemu dengan selebriti kegemaran mereka. Dalam sesi sidang media tadi, DJ Koo, Kuro-chan, Minegishi Minami, Oguri Yui (AKB48) dan Rin Okabe (AKB48) berkongsi yang disebabkan pandemik – banyak acara dan konsert diadakan dalam platform ini.

17Live turut dilancarkan di Malaysia bulan lalu bagi mereka yang berminat untuk menyertainya. Melalui penjenamaan semula ini dan pengenalan semula di peringkat global, pihak mereka berhasrat untuk menjadi platform penstriman siaran langsung utama.

Komen