Ura-ura mengenai kewujudan Oppo A11s mula didengari sejak tularnya beberapa imej pengolokan yang dikongsi oleh Evan Blass. Jelas kelihatan, ia mempunyai rekaan fizikal yang mirip seperti Oppo A53. Ia lengkap dengan skrin berlubang pada bahagian hadapan dan sistem tri-kamera di belakang.
Kini, Evan Blass dilihat memuat-naik ciapan baharu yang berkongsi spesifikasi pada peranti pula. Oppo A11s dikhabarkan hadir dengan cip Snapdragon 460. Cip ini akan dipadankan dengan memori sehingga 8GB RAM dan storan dalaman sehingga 128GB. Selain itu, juga akan mempunyai skrin hadapan 6.5″ LCD beresolusi HD+ dan turut sama menyokong kadar segar semula 90Hz.
Kamera pula adalah 13-Megapixel + 2-Megapixel + 2-Megapixel. Manakala, kamera hadapan sebesar 8-Megapixel. Tidak ketinggalan, bateri 5000mAh turut sama akan digunakan. Di samping itu, Oppo A11s juga akan menjalankan sistem operasi ColorOS 7.2 berasaskan Android 10.
Buat masa ini, masih belum ada sebarang perkongsian lanjut mengenai tarikh pelancaran peranti. Tetapi, Evan Blass ada berkongsi yang mana Oppo K9 Pro dan Oppo Find X3 Pro Lensman Edition turut sama akan dilancarkan tidak lama lagi.
Sumber : Evan Blass