Carian
Twitter Mula Melabel Akaun-Akaun Bot Yang Berguna
September 10, 2021 Effi Saharudin

Penggunaan bot di Twitter telah wujud sejak dari awal. Antara yang paling popular ialah bot Bezita yang akan membalas ciapan setiap kali ia menemui ciapan dengan perkataan ‘over 9000’. Tetapi mungkin ada yang tidak menyedari ada bot yang tidak membalas ciapan dan berfungsi secara automatik. Hari ini Twitter memperkenalkan pula label ‘Automated’ pada akaun-akaun yang menghantar ciapan secara automatik.

Label akan hadir dengan nama pengendali akaun bagi memudahkan pengguna untuk menghubungi pemilik akaun. Ciri ini masih di tahap ujian dengan label diberikan kepada akaun bot terpilih sahaja. Penggunaan label pada akaun diperkenalkan tahun lalu dengan ia diberikan kepada akaun milik kerajaan, pegawai kerajaan, calon pilihanraya dan juga media yang dimiliki kerajaan tertentu. Dengan label-label ini konteks ciapan adalah lebih jelas bagi pengguna yang mungkin tidak menyedari siapakah yang menghantarnya.

Komen