Grab hari ini mengumumkan kemas kini terma dan syarat penggunaan perkhidmatan seru-pandu mereka di Malaysia. Bermula 14 September kelak, hanya individu yang memaparkan status risiko rendah dan kontak kasual (tidak bergejala) dalam aplikasi MySehjahtera sahaja dibenarkan menggunakan perkhidmatan seru-pandu mereka.

Penumpang dan pemandu Grab dibenarkan melihat status MySejahtera masing-masing untuk memastikan mereka semua tidak berisiko. Tempahan akan dibatalkan jika penumpang tidak menepati dua kriteria di atas. Pada waktu yang sama pemandu Grab yang tidak melepasi kriteria pula tidak dibenarkan bertugas. Grab hanya melihat status risiko sahaja dan tidak mengambil kira status vaksinasi penumpang. Mereka juga menegaskan garis panduan yang digunakan adalah yang ditetapkan syarikat dan bukannya oleh Majlis Keselamatan Negara.
Ini juga bermakna hanya mereka yang mempunyai akaun MySejahtera sahaja boleh menggunakan perkhidmatan seru pandu mereka kerana sistem lain tidak diterima pada waktu ini.
Sumber Nextrift