Cari @ Amanz

Spotify Memperkenalkan “Enhance” Untuk Memeriahkan Lagi Senarai Main Pengguna Premium

Link Copied!

Semakin hari semakin banyak ciri dan fungsi eksklusif untuk pengguna Premium yang ditawarkan oleh Spotify. Terkini, mereka telah memperkenalkan fungsi baharu untuk senarai main – iaitu Enhance. Ia adalah saranan muzik untuk ditambah ke dalam senarai main pengguna sedia ada.

Jika pengguna sudah bosan dengan senarai main automatik yang dicipta atau dicadangkan secara automatik oleh Spotify, fungsi ini adalah untuk anda. Ini kerana, ia masih lagi senarai main yang anda cipta sendiri. Cuma selepas mendengar dua muzik, Spotify akan mencadangkan sehingga 30 muzik untuk ditambah ke dalam senarai main tadi.

Jika pengguna berminat dengan muzik yang dicadangkan, tekan sahaja ikon “+”. Fungsi ini juga boleh dihidupkan atau dimatikan pada bila-bila masa melalui butang Enhance yang terpapar pada senarai main pengguna.

Fungsi ini akan ditawarkan kepada pengguna iOS dan Android bermula bulan hadapan dan terhad kepada pengguna yang melanggan pelan Premium di negara terpilih sahaja dan sayang sekali Malaysia tiada dalam senarai buat masa ini.


Komen ()