Carian
Google Meet Dikemaskini Dengan Panel Kawalan Khas Untuk Kesan Khas Latar Belakang
September 10, 2021 Fahim Zahar

Google Meet kini menjadi antara perkhidmatan telesidang yang ramai gunakan ketika pandemik Covid-19 untuk berkomunikasi antara satu sama lain. Tidak kiralah untuk bekerja atau juga untuk kegunaan peribadi.

Seperti kebanyakan perkhidmatan yang lebih kurang sama, Google Meet turut mempunyai fungsi mengubah latar belakang pengguna sama ada menambah kesan kabur (bokeh) atau terus gantikannya dengan imej-imej lain atau video menarik yang lebih ceria.

Google baru-baru ini telah memperkenalkan kemaskini baharu, di mana kini terdapat panel kawalan khas untuk kesan khas ini. Ia kini lebih mudah untuk diakses pada bila-bila masa agar pengguna lebih mudah menggunakannya.

Panel kawalan ini turut disertakan pada ruang persediaan sebelum sesi telesidang bermula, jadi pengguna boleh mencuba terlebih dahulu. Berbanding sebelum ini hanya boleh diakses ketika sesi telesidang telah bermula.

Kemaskini ini akan diedarkan bermula pada hari ini 9 September dan secara berperingkat sehingga 16 September. Akan tetapi buat masa ini ia terhad kepada pengguna Google Workspace, G Suite Basic dan untuk kegunaan perusahaan sahaja.

Komen