Infinix telah menjadualkan sebuah acara pelancaran produk terkini pada 13 September ini. Katanya, peranti berkenaan adalah Infinix X Zero dan ia dikhabarkan hadir dalam tiga model berbeza. Tetapi, masih tidak jelas sama ada Infinix akan mengumumkan ketiga-tiganya secara serentak atau sebaliknya.
Dalam perkembangan terkini, ketiga-tiga peranti berkenaan dilaporkan telah tersenarai di laman Google Play Console. Ia juga dillihat lengkap dengan beberapa maklumat utama untuk spesifikasi pada peranti. Penyenaraian menunjukkan Infinix Zero X Neo, Zero X Pro dan Zero X berkongsi cip pemprosesan yang sama iaitu MediaTek Helio G90T.
Infinix Zero X Pro Infinix Zero X Neo Infinix Zero X
Selain daripada itu, ketiga-tiganya juga akan dipadankan dengan memori 8GB RAM. Namun begitu, kita boleh menjangkakan peranti ini akan mempunyai lebih banyak pilihan memori sewaktu dilancarkan kelak.
Seterusnya, penyenaraian turut memperlihatkan rekaan skrin hadapan berlubang dibahagian tengah. Resolusi paparan untuk Infinix Zero X Neo dan Zero X Pro adalah 2400 X 1080 piksel. Sementara itu, resolusi pada Infinix Zero X Neo pula sedikit tinggi dengan 1080 x 2460 piksel.

Buat masa ini, itu sahaja maklumat yang dikongsi oleh sumber. Namun mengikut spekulasi awal, siri Infinix Zero X akan mempunyai modul kamera berbentuk segi empat bersama tiga lensa disusun kemas di dalamnya. Salah satu lensanya menjadi titik fokus dengan saiz yang besar.
Kemudian, turut sama diikuti oleh dua lagi sensor bersaiz kecil dan LED Flash berbentuk bulat. Tidak habis disitu, siri Infinix Zero X juga dikhabarkan menyokong skrin dengan kadar segar semula yang tinggi bersama bateri berkapasiti besar.
Sumber : Gsmarena