MrSpeedy Kini Dijenamakan Semula Sebagai “Borzo”

Diterbitkan pada Sep 10, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

MrSpeedy merupakan salah satu penyedia penghantaran barangan dan logistik yang sedia digunakan ramai. Terbaru, hari ini, MrSpeedy mengumumkan penjenamaan semula kepada sebuah identiti baharu, dinamakan Borzo.

Disebabkan oleh pandemik, perkhidmatan penghantaran pada hari sama, seperti Borzo (MrSpeedy) telah meningkat dengan mendadak. Selari dengannya juga, kini bersama penjenamaan semula ini, sejumlah penambah-baikkan ditawarkan, termasuk penawaran API, harga yang lebih kompetitif, dan pengoptimasian algoritma untuk membolehkan penghantaran pelbagai barangan secara selari dan efisien.

Borzo kini mempunyai sekitar 150,000 penghantar, sehingga Ogos 2021 lepas.

Bagi anda yang biasa menggunakan MrSpeedy, jangan terkejut apabila anda melihat penghantar barangan menggunakan jenama Borzo selepas ini untuk menggantikannya.

Layari : Borzo

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami