Cari @ Amanz

Menteri Kewangan kini berkongsi beberapa perancangan lanjutan berkaitan pengenalan rangkaian 5G di Malaysia.

Seperti pernah dinyatakan sebelum ini, pengenalan rangkaian 5G akan dilakukan di Malaysia bermula penghujung tahun ini, di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Cyberjaya sebelum dilanjutkan ke kawasan-kawasan lain.

iPhone 5G

Menteri Kewangan mengatakan Fasa 1 dengan liputan 5G sebanyak 10% di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Cyberjaya akan diperkenalkan menjelang penghujung 2021 ini.

Selari dengannya, kerajaan menyasarkan liputan 5G di 40% kawasan berpenduduk menjelang penghujung 2022, dan 80% kawasan berpenduduk menjelang penghujung 2024 kelak.

Kerajaan Malaysia telah melantik Ericsson Malaysia untuk pembangunan infrastruktur 5G dk Malaysia, dan ia menelan belanja sebanyak RM11 bilion.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd