Apple Watch Series 8 Diperkatakan Boleh Menyemak Suhu Badan Pengguna

Diterbitkan pada Sep 10, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Apple telah pun menjadualkan acara pengenalan peranti baharu pada 15 September ini, dimana mereka dijangka memperkenalkan iPhone 13 dan juga Apple Watch Series 7.

Apa pun, sejak pengumuman acara berkenaan, kita telah turut mendengar desas-desus berkaitan peranti generasi akan datang Apple.

Selepas info awal berkaitan iPhone 14, kini desas-desus turut hadir berkenaan Apple Watch Series 8. Mengikut penganalisa popular, Ming-Chi Kuo, ia diperkatakan Apple Watch pada 2022 kelak akan menyertakan beberapa ciri tambahan dalam terus memastikan tubuh badan mereka sihat. Salah satu ciri yang dijangka disertakan adalah kebolehan menyemak suhu badan pengguna.

Ini sekaligus akan memudahkan pengguna mengenal pasti beberapa penyakit awal, termasuk seperti demam dan lain-lain. Ciri berkenaan juga diperkatakan akan membantu dalam perancangan kehamilan.

Seperti biasa, ini sekadar laporan penganalisa awal, tetapi tidak mustahil dengan fokus terhadap Apple dalam arena kesihatan dan kecergasan.

Sama-sama kita nantikan perkembangan jam tangan pintar Apple ini untuk tahun ini dan 2022 kelak.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami