WhatsApp Mengaktifkan Sandaran Awanan Yang Disulitkan Hujung-Ke-Hujung

Diterbitkan pada Sep 11, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Selama ini sandaran awanan yang dilakukan pengguna disimpan di Google Drive atau Apple iCloud. Ramai mungkin menyedari sandaran ini tidak disulitkan dan sekadar disimpan dengan kata laluan pengguna menjadi benteng utama dari ia diakses oleh mana-mana pihak. Ia menjadi isu kerana jika akaun Drive dan iCloud berjaya digodam atau diakses pihak berkuasa sandaran ini boleh dibaca tanpa penyulitan.

WhatsApp telah mengumumkan ciri menyulitkan sandaran data pengguna akan diaktifkan pada platform Android dan iOS. Semasa sandaran awanan dilakukan, pengguna diberikan dua pilihan. Menyulitkan data ini dengan kata laluan peribadi atau kod kunci 64-digit yang dijana secara rawak oleh WhatsApp. Pengguna kemudian boleh menggunakan aplikasi menyimpan kata laluan kegemaran untuk menyimpan kod kunci 64-digit yang amat panjang ini.

Dengan ini sandaran ke awanan turut akan disulitkan secara hujung-ke-hujung buat pertama kali. WhatsApp tidak akan mengetahui kata laluan yang digunakan atau kod kunci 64-digit ini. Jika ianya hilang data pengguna tidak akan dapat dinyahsulit dan hilang selama-lamanya. Kesemua sandaran yang dilakukan sebelum ini akan dipadam oleh WhatsApp bagi memastikan keselamatan data sandaran baharu. Ciri akan diberikan secara berperingkat dalam masa beberapa minggu sahaja lagi.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami