Jeff Bezos Dilaporkan Melabur Ke Dalam Syarikat Yang Ingin Memanjangkan Usia Manusia

Diterbitkan pada Sep 11, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Menurut kajian sains, tubuh manusia hanya boleh bertahan sehingga 150 tahun keran semakin kita berusia, tubuh tidak lagi mampu menggantikan sel yang telah tua dengan pantas. Terdapat banyak kajian dilakukan sejak ribuan tahun untuk memanjangkan nyawa atau hidup kekal abadi. Antara syarikat yang ingin menentang proses penuaan dan sekaligus memanjangkan usia purata manusia ialah Altos Labs.

Altos Labs kini menerima pelaburan dari manusia terkaya dunia Jeff Bezos menurut laporan MIT Technology Review. Syarikat yang baru ditubuhkan awal tahun ini ingin menentang proses penuaan dengan memprogramkan semula sel untuk menjadi lebih muda.

Ini dilakukan dengan memperkenalkan empat protein ke dalam sel yang diberi nama faktor Yamanaka. Proses penuaan dapat diterbalikkan dengan sel kembali ke keadaan seperti sel tunjang. Di dalam ujian, kesan ‘pemudaan’ dalam dilihat pada tikus makmal. Tetapi proses masih belum sempurna kerana tumor juga boleh terhasil. Dengan kata lain Altos Labs cuba menjadikan proses pemudaan tubuh manusia sebelum Benjamin Button menjadi realiti.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami