Cari @ Amanz

Sokongan kandungan HDR 10 telah diberikan pada pelbagai platform penstriman seperti YouTube. Selain standard in, Dolby Vision ialah sebuah lagi standard untuk paparan HDR di luar sana. Hari ini Vimeo mengumumkan sokongan Dolby Vision pada platform mereka.

Pada waktu ini kandungan Dolby Vision hanya boleh dinikmati oleh pengguna peranti Apple iaitu iPhone, iPad, Mac, dan Apple TV 4K sahaja. Selain memainkan kandungan HDR10, pengguna iPhone juga boleh memuat naik terus video HDR mereka ke Vimeo tanpa perlu menjalani pemprosesan semula menerusi komputer. Pada peranti bukan Apple, sokongan kandungan HDR masih belum diberikan pada waktu ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd