Cari @ Amanz

Pada WhatsApp, salah satu ciri yang turut digunakan ramai adalah kebolehan menghantar mesej suara. Seseorang boleh mendengar mesej suara daripada pengguna lain melaluinya, sekaligus memudahkan lagi interaksi.

Namun, untuk beberapa pengguna, anda mungkin tidak selesa untuk mendengar mesej suara di tempat awam, dan sebagainya. Dan untuk mengatasi masalah berkenaan, kini WhatsApp sedang membangunkan sebuah penyelesaian untuknya.

Melalui ciri yang sedang diuji, WhatsApp ingin membolehkan pengguna untuk mentraksrip mesej suara yang diterima mereka – dan melihatnya dalam bentuk teks.

Untuk tujuan ini, WhatsApp akan menggunakan teknologi suara ke teks pada aplikasi WhatsApp Messenger.

Versi ujian menggunakan peranti iPhone, dan ia menggunakan sokongan pelayan Apple untuk mengubah suara ke teks, sekaligus memastikan privasi pengguna terjaga – dan tidak risau mesej dihantar ke pelayan Facebook.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah WhatsApp akan memperkenalkannya, dan bagaimanakah ciri berkenaan akan berfungsi pada peranti Android kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd