Penawaran peranti pintar yang mengutamakan elemen keselesaan, di samping kemampuan untuk mengimbangi segala aspek ternyata mampu memenuhi keperluan gaya hidup masyarakat moden hari ini. Apatah lagi sekiranya sesebuah peranti pintar itu dijual dengan tanda harga yang mampu milik? Senario ini secara tidak langsung dapat menarik minat pembeli terhadap peranti pintar tersebut.

Tidak mahu ketinggalan, samsung hadir dengan ‘buah tangan’ baharu menerusi pengenalan Samsung Galaxy A03s. Buah tangan terbaharu ini ternyata mempunyai daya tarikan dan keunikan yang tersendiri. Malahan apa sahaja yang disediakan samsung padanya juga disifatkan sebagai cukup memadai untuk keperluan penting khusus. Misalnya, kebolehan menggalas tugas dan keperluan mudah-alih dengan baik, sekaligus memberi impak yang positif terhadap kehidupan si pengguna sendiri. Menarik bukan? Teruskan membaca bagi mengetahui bagaimana samsung galaxy a03s mampu penuhi setiap gaya hidup moden anda.
Kepuasan Tanpa Sempadan
Salah satu perkara yang menariknya dengan Samsung Galaxy A03s, ia memiliki saiz skrin yang besar dan jelas. Ia menggunakan skrin bersaiz 6.5-inci TFT LCD beresolusi HD+ bersama nisbah aspek sebanyak 20:9. Pada saiz seperti ini, ia sememangya mampu memberikan sudut penglihatan yang luas dan kepuasan berganda ketika melakukan pelbagai kerja atau menonton video. Di mana, ia dapat memaparkan apa sahaja kandungan imej dan video yang anda pilih serta mahukan.

Tanpa disedari, ia bagaikan satu bonus buat anda meneroka pelbagai perkara tanpa sempadan atau tanpa batasan menggunakan peranti pintar ini. Ditambah lagi dengan reka bentuk skrin infinity-V yang kemas, sekaligus pada masa sama turut menjanjikan pengalaman penggunaan serta permainan yang imersif tanpa gangguan. Anda boleh sahaja menikmati pelbagai jenis genre permainan yang kasual dengan kualiti paparan optimum mengikut kepada keselesaan.
Bonus Yang Benar-Benar Bonus
Dilihat turut mengambil kira tahap keselesaan pengguna dalam aspek keselamatan. Samsung Galaxy A03s menggunakan pengimbas cap jari sisi yang terbina pada butang kuasa. Sebenarnya penggunaan ciri seumpama ini adalah pilihan yang baik dalam memudahkan pengguna. Di mana proses menyahkunci akan lebih pantas dengan hanya perlu meletakkan jari dan peranti pintar akan di nyahkunci dengan serta-merta.

Namun keselesaan tidak terhenti di situ, sebaliknya samsung terus memberi kelebihan lain dengan menyertakan fungsi kegemaran ramai iaitu bicu audio 3.5mm. Oleh itu, ia memudahkan pengguna untuk membeli aksesori audio seperti fon telinga atau fon kepala. Meskipun pasaran kini dibanjiri lautan fon telinga nirwayar, tetapi aksesori fon telinga berwayar masih tetap ada peminatnya yang tersendiri. Barangkali disebabkan oleh penggunaannya yang lebih mudah menjadi pilihan ramai. Malahan, kebanyakan fon telinga berwayar juga dijual pada harga yang berpatutan dan tanpa risau untuk pengguna secara amnya.
Keupayaan Prestasi Di Tahap Maksima
Samsung Galaxy A03s menggunakan cip MTK6765 atau nama saintifiknya MediaTek Helio P35. Ini merupakan pemproses berteknologi 12nm yang dilengkapi cip ARM Cortex-A53 lapan teras pada kelajuan 2.3GHz. Tidak dinafikan, kebanyakan di antara kita agak skeptikal bila mendengar tentang cip ini. Namun begitu, perkara sebenar tidaklah seburuk disangka, malahan ia sememangnya mampu menjanjikan prestasi keseluruhan yang optimum. Seterusnya, ia juga mempunyai RAM sebesar 4GB yang mencukupi mengikut keperluan khusus. Kemudian, storan dalaman pula 64GB yang mana boleh dinaiktaraf sehingga 1TB melalui sokongan microSD.

Ini bagi memastikan segala penggunaan pada peranti mampu berjalan dengan lancar sepanjang masa. Pendek kata, segala penggunaan harian anda tidak terganggu dengan isu yang melampau. Baik untuk berhibur, bekerja mahupun belajar. Proses membuka aplikasi yang banyak turut sama tidak membebankan peranti untuk beroperasi dengan baik. Dengan kapasiti storan yang besar juga memberikan faedah berpanjangan kepada setiap pengguna.
Di mana, anda tidak lagi berhadapan dengan dilema untuk memilih mana-mana fail untuk dipadam – semata-mata untuk simpan dokumen yang baru. Simpan sahaja kesemuanya. Nak-nak pula fail berbentuk gambar atau video yang mana setiap satunya menyimpan 1,001 kenangan untuk dijadikan momen berharga sepanjang hidup.
Seperkara lagi yang menarik, anda juga disajikan dengan pelbagai fungsi penting yang memudahkan penggunaan peranti menerusi pelancaran One UI Core. Ini adalah versi One UI yang khusus untuk peranti mampu milik Samsung. Ia sangat membantu anda untuk menumpukan lebih perhatian terhadap perkara yang penting. Di samping, turut sama membolehkan anda menyesuaikan peranti dengan cara yang disukai seperti semak maklumat daripada pelbagai aplikasi dengan pantas, mod tema gelap untuk penggunaan lebih selesa dan banyak lagi.
Selamat Tinggal Powerbank

Alang-alang sudah bercakap mengenai kapasiti yang besar, Samsung Galaxy A03s nyata tidak mengecewakan apabila turut sama mempunyai bateri besar 5,000mAh. Dengan ini, anda semestinya tidak memerlukan powerbank sekarang kerana ia menjanjikan penggunaan harian lebih lama tanpa masalah. Apa yang menjadikan ia lebih menyeronokkan adalah anda boleh menggunakannya sepanjang hari untuk pelbagai jenis aktiviti seperti melayari web, memainkan permainan mudah-alih, menangkap gambar dan banyak lagi.
Abadikan Kenangan Terindah Dengan Lensa Pelbagai Guna
Dalam banyak keadaan, pasti ada diantaranya yang kita ingin rakam sehabis baik untuk disimpan sebagai kenang-kenangan, bukan? Mungkin anda fikir bahawa untuk menghasilkan sesebuah gambar dan video yang kelihatan hebat perlu adanya kamera yang mahal. Ini tidak semestinya betul kerana fotografi kini sudah semakin mudah. Dengan Samsung Galaxy A03s juga anda boleh sahaja menangkap gambar yang berkualiti tinggi. Ia mempunyai sokongan tri-kamera dengan kemampuan fotografi lebih pelbagai.

Sensor utama 13-Megapixel yang sememangnya mampu memberikan hasil gambar dengan kejelasan yang baik. Bukan itu sahaja, perincian pada rakaman juga mempunyai pewarnaan yang baik dan juga butiran cukup memuaskan. Tidak kira apa pun jenis keadaan. Kemudian, sensor makro 2-Megapixel pula turut sama memberikan gambar yang mengujakan untuk tangkapan pada jarak dekat.

Ia amat berguna untuk anda yang gemar mengambil gambar dengan jarak sangat dekat untuk mendapatkan butiran lebih jelas terhadap sesuatu objek. Tidak ketinggalan, sensor kedalaman 2-Megapixel juga membolehkan anda mencipta kesan karya seni menarik dengan dengan latar belakang kabur. Jadinya, objek atau subjek dapat menyerlah serta tentunya memberikan nilai tambahan terhadap sesebuah hasil gambar yang ditangkap.


Tidak habis di situ, Samsung kemudian menambah lagi keseronokan dengan kebolehan kamera hadapan yang juga serba boleh. Baik digunakan untuk tangkapan gambar swafoto mahupun panggilan video, sensor 5-Megapixel ini sememangnya tidak mengecewakan. Sebabnya, ia menawarkan kualiti gambar swafoto yang sedap mata memandang. Ia juga mempu menghasilkan tona warna kulit yang semula jadi.

Dengan kesemua ciri yang dinyatakan, Samsung Galaxy A03s cukup menepati ciri dalam usaha memenuhi keperluan gaya hidup moden pengguna hari ini. Setiap satu elemen yang diketangahkan mempunyai konsep menarik bagi memastikan sesuai digunapakai oleh pelbagai lapisan pengguna. Samsung Galaxy A03s telah dijual di Malaysia dengan tanda harga RM559 atau serendah RM23.29 sebulan dengan pelan ansuran faedah 0% di Samsung Online Store. Terdapat tiga pilihan warna yang disediakan seperti hitam, biru dan putih. Bagi yang berminat, anda boleh mendapatkannya menerusi kedai atas talian Samsung atau pengedar sah mereka di seluruh Malaysia sementara stok masih ada.
- Info
- Beli : Samsung Galaxy A03s
Penafian: Advertorial dari Samsung Malaysia