Agong Seru Kerajaan Tumpu Sediakan Infrastruktur Jalur Lebar Seluruh Negara Untuk Ekosistem Lebih Baik

Diterbitkan pada Sep 13, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Yang di Pertuan Agong hari ini menyeru agar kerajaan tumpu dalam penyediaan infrastruktur perkhidmatan jalur lebar ke seluruh negara, bagi pembentukkan ekosistem digital yang lebih baik.

Langkah ini bakal mendorong transformasi sistem penyampaian kerajaan, membantu penumbuhan ekonomi, serta meningkat keupayaan perniagaan perusahaan kecil dan sederhana.

Tambah baginda, persekitaran mesra digital serta penggunaan informasi dan teknologi tinggi boleh menjadi pemangkin ke negara, dalam beralih daripada industri yang berintensifkan buruh kos rendah kepada industri berteknologi tinggi.

Disamping itu, ia akan memberikan peluang kerja kepada rakyat Malaysia, dan seterusnya mengurangkan penggunaan tenaga buruh asing.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami