Dongal Apple TV Mampu Milik Pernah Dicadangkan Tetapi Idea Ditolak

Diterbitkan pada Sep 13, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Perkakasan tvOS di pasaran pada waktu ini ialah Apple TV HD dan Apple TV 4K. Kedua-duanya dijual pada harga bermula RM719 yang adalah jauh lebih mahal berbanding dongal Fire TV atau Chromecast with Google TV. Menurut laporan The Information, Apple pernah bercadang untuk melancarkan dongal TV mereka sendiri sebelum ia dibatalkan.

Dongal TV yang lebih murah ini adalah idea Tim Twerdahl yang merupakan seorang eksekutif pemasaran di Apple pada tahun 2018. Beliau melihat penjualan dongal mampu milik mampu memacu perniagaan Apple TV pada waktu tersebut. Tetapi idea ini ditolak oleh Greg Joswiak and Phil Schiller kerana dilihat boleh merosakkan imej produk premium yang ditawarkan oleh Apple di pasaran. Akibatnya projek dibatalkan dan Twedahl telah meninggalkan Apple.

Tetapi sebagai ganti, Phil Schiller membenarkan pembangunan aplikasi Apple TV pada peranti keluaran Roku, Samsung, Sony dan LG. Dalam banyak-banyak platform penstriman di pasaran sekarang, Apple TV+ mungkin yang paling kurang mempunyai pelanggan berbayar sebenar dengan majoriti menerimanya percuma dengan pembelian peranti Apple. Tetapi Apple kini menggandakan usaha menghasilkan satu kandungan asli seminggu menjelang 2022.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami