Android 12 Mungkin Ditawarkan Bermula 4 Oktober 2021

Diterbitkan pada Sep 13, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Google sebelum ini sedia mengatakan yang mana mereka akan memperkenalkan Android 12 dalam beberapa minggu lagi. Lanjutan daripadanya, kini hadir spekulasi mengatakan Android 12 akan diperkenalkan pada 4 Oktober 2021 kelak.

Sekiranya benar, maka Android 12 akan ditawarkan dalam bentuk AOSP, sekaligus membuka ruangan kepada pelbagai pengeluar peranti untuk mendapatkan versi stabil berkenaan, seterusnya menambah penawaran masing-masing, sebelum menawarkan kemaskini kepada pengguna peranti sedia ada.

Peranti Pixel juga dijangka akan menerima kemaskini sama pada tempoh masa lebih kurang sama.

Selari dengannya juga, ia dijangka yang mana Pixel 6 terbaru akan diperkenalkan oleh Google pada bulan Oktober ini.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami