Skor Penanda Aras GeekBench Untuk Windows Subsystem For Android Diperlihatkan

Diterbitkan pada Sep 13, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Seperti yang sedia maklum, sistem operasi Microsoft terbaru, Windows 11 akan hadir dengan kebolehan untuk menggerakkan aplikasi-aplikasi Android secara terbina. Buat masa ini, Microsoft dilihat masih lagi sedang menguji fungsi ini dan mengatakan bahawa ia hanya akan diperkenalkan bermula tahun hadapan melalui satu kemaskini.

Walaupun begitu, Microsoft dilihat menguji keberkesanan fungsi menggerakkan aplikasi Android ini, dan sejumlah peranti telah diuji dan memperlihatkan bahawa kebolehan sistem operasi ini untuk menggerakkan aplikasi Android nampaknya sangat baik sekali.

Beberapa tangkapan layar penanda-aras GeekBench diperlihatkan, dan nampaknya Microsoft tidak perlu begitu risau mengenai prestasi sistem operasi mereka, kerana julat skor penanda-aras tersebut dilihat hadir bukan sahaja dengan skor peranti kelas pertengahan, tetapi dalam beberapa skor yang diperlihatkan, lebih tinggi berbanding peranti yang menggunakan cip Qualcomm Snapdragon 888.

Julat skor satu-teras yang diperlihatkan ialah 107 – 828 manakala julat skor multi-teras pula adalah sekitar 439 – 4908. Sebagai perbandingan, skor multi-teras komputer dilihat hadir dengan skor lebih tinggi berbanding peranti Snapdragon 888 yang dapat dilihat di Geekbench.

Akan tetapi setakat ini spesifikasi-spesifikasi komputer yang diuji ini tidak diketahui lagi. Kami menjangkakan skor-skor yang lebih tinggi dapat diperlihatkan melalui komputer yang menggunakan komponen-komponen lebih baru yang memenuhi semua spesifikasi yang diperlukan untuk menggerakkan sistem operasi ini.

Sumber: Geekbench

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami