Rozy Ialah Pempengaruh Media Sosial Maya Mirip Manusia Yang Dibina Menggunakan Kecerdasan Buatan

Diterbitkan pada Sep 13, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Apabila bercakap mengenai pempengaruh media sosial ataupun selebriti maya, mereka yang mengikuti industri ini secara lazimnya akan memikirkan tentang watak-watak seperti virtual-tuber seperti Kizuna Ai ataupun kumpulan HoloLive, tetapi tahukah anda bahawa ada sebuah industri selebriti maya baru yang sedang membangun yang hadir dengan model dengan rupa dan pergerakan seorang manusia?

Syarikat pembangun iklan Sidus Studio X yang berasal dari Korea Selatan telah membangunkan selebriti maya mereka yang dinamakan Rozy sejak tahun lepas yang hadir dengan rekaan mirip seorang manusia dan diberikan personaliti oleh syarikat tersebut untuk menjadi seorang pempengaruh di platform media sosial.

Dibangunkan sejak Ogos 2020, Rozy dibangunkan sebagai eksperimen untuk melihat samada selebriti maya ini menggantikan selebriti sebenar yang seringkali terpalit dengan skandal, faktor umur dan lain-lain faktor.

Lebih menarik lagi ialah Sidus Studio X mengatakan umur Rozy akan kekal pada 22 tahun dan kini mempunyai lapan kontrak iklan dengan beberapa jenama terkemuka di Korea Selatan, yang mana dua daripadanya sudahpun dipenuhi, dan dapat ditonton di akaun Instagram beliau.

Pelan Sidus Studio X untuk Rozy selepas ini ialah untuk cuba menggunakannya untuk tujuan pemfileman siri televisyen dan filem, yang mana CEO syarikat tersebut, Baek Seung Yeop berkata bahawa oleh kerana Rozy adalah seorang watak maya, kelebihannya ialah untuk projek-projek jangka-masa panjang, dia boleh digunakan untuk siri televisyen yang mempunyai episod yang banyak tanpa perlu mengambil kira faktor penuaan.

Baek Seung Yeop juga mengatakan bahawa dengan kontrak-kontrak pengiklanan sedia ada dan perfileman dalam masa terdekat ini, Rozy berkemampuan untuk membuat pendapatan sebanyak 1 billion KRW (~RM3.5 juta) menjelang penghujung tahun ini.

Sumber: All KPop

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami