Cari @ Amanz

Beberapa bulan lalu, Tesla telah memperkenalkan perisian beta Full Self Driving ataupun FSD untuk kenderaan-kenderaan mereka yang membolehkannya untuk menggunakan mod pemanduan automatik ataupun swapandu tanpa perlu menambah sebarang peranti baru.

Terkini, Tesla telah memperkenalkan kemaskini yang memperbaiki lagi prestasi perisian tersebut dengan pelancaran perisian beta FSD 10 yang secara ringkasnya memperbaiki keupayaan swapandu kenderaan Tesla untuk memandu secara lebih lancar.

Kemaskini ini termasuklah keupayaan untuk bertukar lorong dan memasuki dan keluar daripada bulatan jalan raya dengan lebih lancar, disamping pemanduan di lorong-lorong kecil secara lebih selamat. Dalam pada itu, butiran yang boleh dilihat pada papan pemuka juga kini lebih tepat dan lebih lancar kenaikan dan penurunan butiran yang menambahkan keyakinan pengguna pada sistem ini.

Tesla turut mengatakan bahawa pemanduan di lebuhraya tidak begitu banyak penambahbaikan baru, kerana ia masih lagi berada pada tahap yang sangat memuaskan buat masa ini. Seperti yang dikatakan, perisian ini masih lagi berada dalam fasa ujian beta, dan buat masa ini ia tidak diketahui lagi bilakah kemaskini FSD 10 ini akan diperlihatkan untuk pengguna-pengguna biasa.

Sumber: Elektrek

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd