Cari @ Amanz

Realme Akan Melancarkan Dongal Google TV 4K Mereka Sendiri

Link Copied!

Apple tidak melancarkan dongal Apple TV mereka sendiri kerana produk yang lebih murah dilihat boleh merosakkan imej premium syarikat. Satu syarikat yang tidak mempunyai masalah melancarkan peranti yang mampu milik ialah Realme dan produk yang akan dilancarkan oleh mereka seterusnya ialah dongal Google TV.

Dongal Google TV 4K ini disahkan kewujudannya oleh ketua pegawai eksekutif Madhav Sheth menerusi temubual dengan GSMArena. Selepas temubual diterbitkan, imej dongal Realme 4K Google TV Stick ini telah muncul di laman edagang Flipkart. Ia akan menjadi peranti pertama dengan sistem operasi Google TV yang dipasarkan secara rasmi di India. Google TV ialah pelancar yang lebih kemas jika dibandingkan dengan Android TV dengan pelbagai ciri tambahan.

Dongal dipasang terus ke TV kerana kepala HDMI terpasang terus pada tubuh peranti dengan port kuasa USB-C dapat dilihat pada bahagian sisi. Sebuah alat kawalan jauh juga pastinya akan diberikan namun begitu penggunaan aplikasi pasti disokong kerana ia kini adalah ciri standard.

Ia pastinya alternatif lebih mampu milik untuk Chromecast with Google TV yang dilancarkan Oktober tahun lalu. Dengan Realme kerap memasarkan peranti mereka yang sama di Malaysia, besar kemungkinan Realme 4K Google TV Stick juga akan tiba ke negara kita sama seperti Realme TV.

Sumber Gizmochina


Komen ()