CIMBClicks Menghadapi Masalah Untuk Memproses Beberapa Transaksi

Diterbitkan pada Sep 13, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

CIMB hari ini dilihat menghadapi masalah dalam melakukan beberapa transaksi kewangan. Daripada cubaan kami sendiri, urusan pemindahan wang ke akaun lain dilihat menghadapi masalah, dan tidak boleh dilanjutkan disebabkan masalah penghantaran TAC.

Pelbagai pengguna CIMB turut memaklumkan masalah lebih kurang sama yang mengekang mereka daripada melakukan sejumlah transaksi kewangan.

Pihak CIMB sendiri mengesahkan perkara ini, dan mengatakan sedang menyelesaikan masalah berkenaan dan mengembalikan perkhidmatan seperti biasa secepat mungkin.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami