MailChimp Dibeli Pada Nilai Melangkaui RM58 Bilion
September 14, 2021
Aman
Mailchimp merupakan salah satu poerkhidmatan yang memfokuskan kepada pemasaran emel. Telah beroperasi sejak 2001 yang lepas, hari ini Intuit mengumumkan mereka akan membeli Mailchimp pada nilai $12 bilion (~RM58 bilion).
Intuit sedia memfokuskan kepada penawaran perkhidmatan kewangan, dan pengambil-alihan Mailchimp dijangka membantu dalam terus menambah pelanggan perniagaan kecil dibawah mereka.
Buat masa ini, tiada sebarang perubahan diumumkan, dan Mailchimp akan beroperasi dan dapat digunakan seperti biasa sebelum ini.
Komen (0)
Sila log masuk untuk menghantar komen.
Tiada komen lagi.