Carian
Qualcomm Bakal Hadir Dengan Cip Siri Snapdragon 600, Memfokuskan Permua
September 14, 2021 Aman

Qualcomm kini dilaporkan bakal hadir dengan sebuah cip pemprosesan dibawah siri Snapdragon 600, dan ia dijangka memfokuskan kepada penawaran permua melaluinya.

Dengan permintaan lebih tinggi terhadap arena permua, Qualcomm tidak ingin ketinggalan, apatah lagi dengan MediaTek yang memasarkan cip mereka untuk peranti mampu-milik, dan sokongan permua.

Cip Snapdragon akan datang berkenaan dilaporkan bakal menawarkan rekaan cip lapan teras, dengan empat teras utama berkelajuan 2.5Ghz, dan 4 lagi pada kelajuan 2.2Ghz.

Dengan fokus terhadap permua (permainan mudah-alih), cip ini bakal menawarkan sokongan GPU lebih pantas, selain pada masa yang sama menawarkan integrasi paparan pada kadar segar semula mencapai 144Hz.

Selain cip ini, Qualcomm turut diperkatakan sedang menyiapkan kemaskini kepada cip Snapdragon 665, menyasarkan telefon mampu-milik. Kita juga mungkin melihat sokongan 5G bersama-sama dengannya kelak.

Komen