Cari @ Amanz

Steve Wozniak sedia hadir dengan beberapa syarikat sendiri sejak keluar daripada Apple, dan terbaru, beliau turut mengumumkan penubuhkan syarikat memfokuskan eksplorasi angkasa, dinamakan sebagai Privateer.

Privateer dilihat ingin memfokuskan dalam menjadikan angkasa itu selamat, selain boleh dinikmati pleh semua orang.

Pada hari ini, kita sedia melihat beberapa bilionwan memfokuskan kepada arena ini, termasuk Elon Musk dan juga Jeff Bezos. Arena angkasa dilihat menjadi salah satu cabaran terbaru, dalam membolehkan orang ramai melancong ke angkasa, disamping ingin membawa manusia ke bulan, mahupun Marikh.

Buat masa ini, maklumat penuh berkaitan Privateer masih tidak diketahui lagi. Kita mungkin mendengar lanjut berkenaan dengannya dalam masa akan datang.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd