Cari @ Amanz

Pentas merupakan salah satu platform jual-beli barangan digital, atau dinamakan NFT melaluinya. Ia dijana berasaskan rantaian-blok BSC (Binance Smart Chain), dan lebih ditujukan untuk pasaran Asia Tenggara.

Produk yang dibangunkan di Malaysia ini telah beroperasi sejak sekitar hampir sebulan yang lepas, sekaligus menyaksikan perkembangan positif platform berkenaan, termasuk perkongsian pelbagai karya-karya menarik daripada karyawan tempatan.

Terbaru, Pentas mengumumkan yang mana sekitar 20,000 hasil karya telah diterbitkan melalui platform mereka sejak 23 hari yang lepas.

Secara purata, ia adalah sekitar 869 karya setiap hari, memperlihatkan hampir satu karya ditambah pada setiap 1.2 minit pada platform berkenaan.

NFT mendapat perhatian ramai pada tahun ini, selari dengan peningkatan nilai kriptowang. NFT atau nama panjangnya Non-Fungible Token memfokuskan kepada penawaran karya digital, dan nilainya ditentukan berdasarkan kepada beberapa faktor, dan juga pasaran sendiri.

Bagi anda yang berminat, boleh menyemak platform Pentas hari ini, dan berkongsi karya anda melaluinya, atau memilih untuk melihat karya orang lain, atau menjual karya anda sendiri.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd