Kajian MIT Mendapati Sistem Swapandu Tesla Mengakibatkan Tumpuan Pemandu Berkurangan

Diterbitkan pada Sep 14, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Sistem Autopilot Tesla mengambil alih sebahagian sistem pemanduan bagi meringankan beban ke atas pemandu manusia. Walaupun dipasarkan sebagai swapandu, ia sebenarnya masih memerlukan pemandu meletakkan tangan di stereng dan menumpukan perhatian kepada keadaan sekeliling supaya sistem boleh diambil alih manusia dalam situasi kecemasan.



Tetapi menurut kajian terkini MIT Advanced Vehicle Technology, Autopilot mengakibatkan tumpuan pemandu kereta Tesla berkurangan. Menurusi analisa data pemandu kenderaan Tesla sejauh lebih 500,000 batu, kajian mendapati pemandu kurang menumpukan perhatian ke atas jalan raya. Sebaliknya tumpuan diberikan kepada skrin tengah kenderaan yang juga skrin sistem infohibur dan kawasan lain yang tidak terlibat dengan pemanduan lebih kerap serta lebih lama.

Ini ialah kajian yang agak merisaukan kerana Autopilot masih belum sistem swapandu Tahap 4 yang langsung tidak memerlukan perhatian pemandu. Selagi ia belum mencapai tahap ini, pemandu masih perlu menumpukan perhatian bagi mengelakkan tragedi berlaku. Dalam sebuah insiden kematian berprofil tinggi melibatkan Tesla, kemalangan berlaku kerana pemandu menonton filem Harry Potter. Tesla telah beberapa kali mengeluarkan kenyataan sistem Autopilot adalah selamat selagi pemandu menggunakannya mengikut arahan yang diberikan.

Sumber Electrek

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami