Samsung Melancarkan Monitor Dengan Kamera Web Menyokong Windows Hello Terbina

Diterbitkan pada Sep 14, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Samsung ialah syarikat yang menerajui pasaran televisyen pintar. Akhir-akhir ini penawaran monitor untuk komputer mereka berkembang dengan model pintar dilengkapi sistem operasi Tizen. Hari ini Samsung Webcam Monitor S4 pula dilancarkan dengan kamera web terbina.

Kamera web sebesar 2MP dan pengimbas infra-merah diletakkan pada bahagian atas monitor dengan mekanisme pop naik. Untuk privasi ia boleh ditekan ke bawah untuk menyorokkannya dari pandangan. Dengan kamera yang sama sistem imbasan wajah Window Hello juga disokong membolehkan nyahkunci dilakukan dalam masa dua saat.

Skrin pula sebesar 24″ IPS LCD dengan sokongan resolusi maksimum 1,920 x 1,080 pixel. Terdapat pembesar suara dan mikrofon terbina juga pada Samsung Webcam Monitor S4 yang memudahkan proses menyertai telesidang di atas talian. Ia juga mempunyai tiga port UBS-A, 1x HMDI dan 1X Display Port 1.2. Ketinggian, sudut dongakan, putaran skrin sehingga menegak dan putaran leher monitor juga boleh dilaras mengikut keselesaan pengguna. Samsung Webcam Monitor S4 dijual pada harga $319 (~RM1323) sebuah.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami