Sistem ARCAS Memberikan Sistem Kecerdasan Buatan Pada Raifal Tempur

Diterbitkan pada Sep 14, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Tentera modem lebih mirip robot berbanding leluhur mereka yang bertarung ketika perang dunia kedua. Sistem senjata, perhubungan, pertahanan dan pengangkutan yang sekarang amat canggih bagi meningkatkan kebarangkalian misi dapat dilakukan dengan jayanya. Assault Rifle Combat Application System (ARCAS) ialah sebuah lagi teknologi ketenteraan yang cuba memintarkan sistem senjata sedia ada.

ARCAS yang dibangunkan oleh Elbit Sistems ialah sistem elektro optikal dengan kecerdasan terbina bagi kegunaan anggota pasukan khas ketika melakukan misi di lapangan. Ia boleh memberikan bacaan jarak ke sasaran, memberikan bidikan yang lebih tepat, mengesan pergerakan secara automatik, mengesan arah tembakan musuh dan kemampuan menembak dari sebalik sudut tanpa mendedahkan tubuh kepada musuh.

Sistem kamera diletakkan pada bahagian hadapan raifal dengan skrin boleh dipakai pada sebelah mata. Selain kesemua ciri di atas, anggota tentera juga boleh melihat maklumat terkini disampai oleh markas terus pada paparan muka. Kerana skrin dipasang terus pada wajah dengan sistem HUD, pelbagai maklumat boleh dilihat menggunakan sistem realiti terimbuh.

Akhir sekali bagi memenuhi keperluan misi di waktu malam, ARCAS juga boleh digunakan bersama kamera mod malam ataupun kamera mengesan haba.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami