Infinix adalah jenama baharu yang menguasai pasaran peranti kelas pertengahan di Malaysia. Baru-baru ini, mereka telah melancarkan siri Infinix Zero X iaitu peranti pertama mereka yang memfokuskan pada fotografi. Terdapat tiga peranti dalam siri ini, iaitu Infinix Zero X, Infinix Zero X Pro, dan juga Infinix Zero X Neo.
Infinix Zero X Pro
Infinix Zero X Pro adalah yang variasi dengan spesifikasi paling tinggi, yang mana hadir dengan skrin 6.67-inci AMOLED, menyokong kadar segar semula 120Hz dengan kadar sentuhan 240Hz dan dijana dengan cip pemprosesan MediaTek Helio G95. Cip ini hanya menyokong kadar segar semula 90Hz, tetapi dengan teknologi Intelligent Display daripada MediaTek ia mampu menyokong pada kadar yang lebih tinggi.

Memori adalah 11GB RAM daripada 8GB fizikal dan 3GB maya dengan storan dalaman sehingga 256GB berasaskan UFS 2.2. Untuk kamera, peranti ini menggunakan konfigurasi tri-kamera 108+8+8 Megapixel daripada sensor sudut lebar + OIS, sudut ultra lebar dan periksop. Melaluinya, ia memberikan sokongan 5x zum optikal, 60x zum digital, sokongan menangkap gambar bulan dengan algoritma tersendiri yang digelar Galileo Engine. Kamera swafoto adalah 16MP.

Bateri peranti adalah 4500mAh dengan pengecasan pantas 45W yang boleh mengecas peranti daripada 0% sehingga 40% dalam tempoh 15 minit. Ia menjalankan XOS 7.6 iaitu sistem operasi mereka tersendiri berasaskan Android 11. Infinix X Pro mempunyai tiga pilihan warna iaitu Nebula Black, Starry Silver, dan Tuscany Brown.
Infinix Zero X

Infinix Zero X pula adalah variasi yang sedikit lebih mampu milik, spesifikasi keseluruhan adalah sama sahaja. Skrin 6.67-inci AMOLED, 120Hz, kadar sentuhan 240Hz, dijana Helio G95, memori 11GB RAM, tetapi storan dalaman terhad pada 128GB sahaja. Kamera juga sama, cuma sensor utama daripada 108MP digantikan dengan 64MP+OIS. Bateri dan lain-lain juga sama, tetapi pilihan warna terhad dengan hitam dan perak.
Infinix Zero X Neo

Model ketiga dan terakhir ini adalah variasi dengan spesifikasi paling rendah. Skrin adalah sedikit lebih besar, iaitu 6.78-inci panel LCD dengan kadar segar semula 90Hz dan kadar sentuhan 180Hz. Cip dan konfigurasi kamera juga adalah sama, cuma sensor utama adalah 48MP tanpa OIS. Lain-lain daripada memori, storan, perisian semua kekal sama, tetapi pada bateri ia adalah lebih besar iaitu 5000mAh. Kuasa pengecasan pula direndahkan kepada 18W sahaja.
Pilihan warna pula ada hitam, perak dan Bahamas Blue.