AirAsia sedia menawarkan perkhidmatan seru-pandu kenderaan di Lembah Klang sebelum ini. Kini, mereka turut mengumumkan perluasan penawaran perkhidmatan AirAsia Ride di Langkawi bermula 16 September kelak.

Langkah ini diambil oleh pihak AirAsia, selari dengan pengumuman pihak kerajaan dalam membuka Pulau Langkawi untuk pelancongan, sekaligus menjadi projek rintis kerajaan dalam membuka sektor pelancongan secara berperingkat.
Disamping pengenalan perkhidmatan AirAsia Ride, melalui aplikasi utama AirAsia, pengguna turut boleh menikmati ciri beli-belah bebas cukai Langkawi, selain pada masa yang sama menikmati penghantaran barangan terus ke hotel dalam tempoh kurang 6 jam di Langkawi.
Pengguna yang berada di Langkawi boleh turut menikmati diskaun untuk dua pemanduan AirAsia Ride sebanyak RM5, dengan menggunakan kod Langkawi5.