Telefon pintar merupakan salah satu peranti yang penting untuk kegunaan golongan muda yang belum mempunyai pendapatan sendiri terutamanya pelajar-pelajar. Mereka juga lebih cenderung untuk memiliki telefon pintar mampu milik dan dalam masa yang sama mementingkan prestasinya. Jika anda daripada golongan ini, dan sedang mencari sebuah telefon pintar untuk kegunaan harian yang biasa namun dalam masa yang sama ingin memenuhi keperluan harian, vivo Y33s adalah jawapannya. Dan ini adalah antara sebab mengapa anda perlu memilikinya.
1. Rekaan Yang Nipis Dan Mengikut Trend Terkini

Skrin telefon pintar ini bersaiz 6.58 inci FHD+ dengan nisbah skrin ke badan seluas 90.6%. vivo Y33s ini juga hadir dengan rekaan yang hanya senipis 8.0mm dan beratnya seringan 182g sahaja. Jika digenggam, ia memberikan keselesaan pada tangan dan memang sesuai untuk dibawa kemana-mana.
Malah menurut vivo, paparan 1080p pada telefon pintar ini juga mampu memberikan paparan yang tajam dan menyerlah kerana ia mempunyai paparan warna Gamut NTSC setinggi 96% serta sesuai untuk digunakan dalam tempoh masa yang lama. Hal ini kerana ia dibantu oleh teknologi penurasan cahaya biru yang dapat memberi keselesaan kepada mata apabila bermain permua atau menonton tayangan video dalam masa yang lama.

Dua warna ditawarkan untuk model ini, iaitu Mirror Black yang menampakkan kesan seperti cermin hitam pada kerangka belakang dan juga Midday Dream yang mana kerangkanya berwarna cerun biru dan kurang meninggalkan kesan cap jari padanya. Rekaannya yang sebegini memang sesuai untuk digayakan dan menepati ciri-ciri yang golongan muda inginkan.
2. Spesifikasi Yang Praktikal Dan Memenuhi Keperluan Asas Harian

Jika anda seorang pelajar, tentunya anda memerlukan ruangan storan yang cukup besar untuk melakukan tugasan-tugasan harian. Tambahan pula, ruangan memori dan storan yang besar mampu untuk membantu melancarkan prestasi telefon. Oleh sebab itu vivo menyertakan ruangan memori dan storan sebesar 8GB+128GB yang mana ruangan storannya boleh diperluaskan lagi sehingga 4GB RAM lebih besar. Jadi, anda boleh menyimpan pelbagai fail-fail tugasan tanpa perlu memadamkan fail-fail lama anda.

vivo Y33s ini hadir janaan cip MediaTek Helio G80 dengan antaramuka terbaru Funtouch OS 11.1 berasaskan Android 11 dimana ia lebih kemas dan praktikal. Jika anda gemar bermain permua, vivo Y33s ini dilengkapi dengan fungsi vivo Multi Turbo 5.0 yang dikatakan dapat membantu prestasi telefon menjadi lebih lancar ketika permainan berlangsung, menjimatkan penggunaan bateri dan turut hadir dengan sistem penyejukan peranti. Ultra Gaming Mode juga dikatakan turut membantu untuk memberikan pengalaman permainan yang lebih menyeronokkan melalui fungsi 4D Gaming Vibration, Game Picture-in-Picture, Do not Disturb, mod Esport dan banyak lagi.
3. Sokongan Kamera Yang Mampu Menghasilkan Rakaman Yang Tajam

Saya yakin, golongan muda sekarang juga sangat mementingkan kualiti kamera. Oleh sebab itu, anda perlu memiliki vivo Y33s ini kerana kamera telefon pintar ini dibina dengan sokongan tri-kamera belakang yang menggabungkan sensor 50MP+2MP+2MP dan 16MP pula untuk rakaman swafoto. Menurut vivo, telefon pintar ini mampu untuk menghasilkan rakaman gambar yang memuaskan dan tajam. Begitu juga dengan lensa makronya dimana rakaman makronya berupaya untuk menghasilkan fokus yang jelas dengan jarak sedekat 4cm.
Rakaman malamnya juga boleh dikatakan agak menarik dengan bantuan algoritma Super Night Mode. Fungsi ini membuatkan algoritmanya menggabungkan beberapa bingkai gambar menjadi satu dimana ia turut dibantu dengan teknologi pengurangan hingar mereka untuk mendapatkan satu rakaman malam yang berkualiti. Itu adalah untuk rakaman kamera belakang.



Bagi rakaman swafoto pula, vivo menyertakan fungsi Super Night Selfie dan juga Smart Screen Flash untuk menghasilkan rakaman swafoto yang lebih menyerlah pada waktu malam. Pelbagai fungsi-fungsi rakaman yang disokong oleh telefon pintar ini. Antaranya adalah Eye Autofocus, Super HDR, EIS Ultra Steady Video, Face Beauty, Smart Editing dan banyak lagi.
4. Kapasiti Bateri Yang Cukup Besar Untuk Kegunaan Harian

Kita umum mengetahui bahawa golongan muda sekarang lebih cenderung untuk menggunakan telefon pintar dalam tempoh masa yang lama. Jadi, untuk memenuhi keperluan pengguna, vivo menyertakan kapasiti bateri sebesar 5000mAh pada vivo Y33s mereka. Untuk sistem pengecasannya pula, telefon pintar ini menggunakan pengecasan pantas 18W dan turut dibantu oleh vivo Energy Guardian. Apa yang mengagumkan lagi, telefon pintar ini mampu untuk membuat pengecasan berbalik yang boleh berfungsi sebagai powerbank kepada telefon yang lain. Jarang kita dapat lihat telefon pintar kelas permulaan dapat menyokong fungsi pengecasan berbalik ini kerana kebiasaannya fungsi ini hanya ada pada peranti mercu sahaja.
5. Harga Pasarannya Yang Berpatutan Dengan Spesifikasi Yang Ditawarkan

Secara kesimpulannya, vivo Y33s ini mempunyai spesifikasi yang baik, saiz storan yang besar, kamera yang berkualiti, dan kapasiti bateri yang besar bersama sokongan pengecasan berbalik. Ini sekaligus menjadikan vivo Y33s ini sebagai sebuah telefon pintar kelas permulaan yang premium. Jadi, ia memang sesuai untuk pelajar-pelajar yang sedang mencari sebuah telefon pintar mampu milik untuk kegunaan harian yang memuaskan.
Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan telefon pinntar ini, vivo Y33s ini dipasarkan pada harga RM999 sahaja. Anda boleh mendapatkannya melalui laman rasmi vivo Malaysia, dan kedai-kedai atas talian vivo di Shopee atau Lazada. Bagi setiap pembelian ini, anda berpeluang untuk menerima hadiah menarik bernilai RM329 yang terdiri daripada beg galas vivo, satu tahun jaminan tambahan dan juga satu tahun perlindungan untuk sebarang keretakan skrin pada peranti. Oleh itu, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan vivo Y33s ini bersama hadiah-hadiah menarik sementara stok masih ada.
- Info
- Beli: vivo Y33s Melalui Laman Rasmi vivo Malaysia
- Info
- Beli: vivo Y33s Melalui Kedai Rasmi vivo Di Shopee
- Info
- Beli: vivo Y33s Melalui Kedai Rasmi vivo Di Lazada
Penafian : Advertorial daripada vivo Malaysia