Cari @ Amanz

Lebih 100 juta peranti Huawei telah menjalankan Harmony OS 2. Ini tidak terhad kepada telefon pintar, tetapi banyak peranti juga. Sejak Huawei memberi fokus penuh kepada HMS dan Harmony OS, pelbagai produk telah diintegrasikan dengan Harmony OS untuk menjadikan satu ekosistem tersendiri mereka.

Terkini mereka telah melancarkan pencetak tersendiri pula dengan Harmony OS. Ia dinamakan sebagai PixLab X1 dan merupakan sebuah pencetak pintar untuk kegunaan asas yang hanya boleh mencetak warna hitam dan putih. Pencetak ini boleh mencetak 28 muka dalam masa satu minit dan boleh mencetak di depan dan belakang secara automatik.

Antara keunikan pencetak ini adalah, ia menyokong imbasan dokumen atau kad pengenalan yang boleh mengubah posisi secara automatik apabila ingin melalukan penyalinan. Terdapat panel sentuhan di hadapan untuk tujuan kawalan. Pencetak Harmony OS ini mempunyai 512MB RAM dan storan dalaman 4GB, port USB 2.0, port 10/100 M Base-TX, sokongan Bluetooth 5.0, WiFi 5 dan juga NFC untuk mencetak daripada telefon Huawei dengan satu sentuhan.

Semua peranti Huawei yang telah dilog masuk dengan satu akaun sama boleh menggunakan PixLab X1 ini dengan mudah. Pencetak ini juga boleh digunakan pada Windows XP, Windows Vista, Windows 7/8/10, Windows Server 2003, Ubuntu 14.04, macOS 10.9.x dan RedHat 7.0 ke atas.

Pencetak ini menggunakan kartrij warna X-15000 dan F-1500 dan dijual pada harga RMB1899, iaitu sekitar RM1225.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd