iQOO Z5 Pro Mungkin Dilengkapi Cip Snapdragon 778G, Skrin 120Hz

Diterbitkan pada Sep 14, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Ura-ura dan spekulasi mengenai kewujudan IQOO Z5 Pro telah didengari sejak beberapa minggu yang lalu. Malah, peranti berkenaan juga telah ditemui tersenarai menerusi beberapa laman pensijilan – termasuklah 3C, TEENA, Geekbench dan IMEI dengan kod model V2148A.

Dengan kod model yang sama, peranti berkenaan kini dilaporkan telah tersenarai di laman Google Play Console pula. Penyenaraian turut sama menunjukkan beberapa spesifikasi utama pada peranti. Di mana, ia akan dijana oleh cip pemproses Qualcomm SM7325 yang mana berkait rapat dengan Snapdragon 778G.

Ini juga adalah cip yang sama digunakan pada beberapa peranti lain seperti siri Honor 50 dan Realme GT Master Edition. IQOO Z5 Pro kemudiannya dipadankan dengan sokongan memori 8GB RAM, GPU Adreno 6420L dan menjalankan sistem operasi Android 11.

Seterusnya, peranti juga akan mempunyai skrin hadapan jenis berlubang pada bahagian tengah. Skrin ini akan dilengkapi dengan resolusi FHD+ bersama kepadatan piksel 480ppi. Khabar angin mengatakan jenis skrinnya adalah berasaskan LCD dan turut membawakan sokongan untuk kadar segar semula mencapai 120Hz.

Ia juga dikhabarkan akan mempunyai bateri berkapasiti 5000mAh yang turut menyokong pengecasan pantas 44W. Sensor utama pula adalah 64-Megapixel, di samping turut sama menyertakan pengimbas cap jari sisi, pembesar suara stereo dan bicu audio 3.5mm.

IQOO Z5 Pro dijangka membuat kemunculan rasminya sekitar bulan ini. Tetapi masih tidak jelas sama ada ia akan diperkenalkan dalam beberapa pilihan model lain atau sebaliknya. Seperti biasa, sama-sama kita nantikan perkembangan lebih lanjut mengenai peranti ini.

Sumber : Gizmochina

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami