Kempen Digi JomFibre Menawarkan Langganan Bermula Dari RM100 Sebulan Untuk 300 Mbps

Diterbitkan pada Sep 14, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Jika anda seorang pelanggan Digi, syarikat telekomunikasi tersebut baru-baru ini mengatakan bahawa mereka telah memperkenalkan kempen Digi JomFibre sebagai cara yang cepat, mudah dan mampu-milik untuk para pelanggan Digi untuk melanggani perkhidmatan Internet gentian optik mereka pada harga yang lebih mampu milik.

Melalui kempen ini, Digi dilihat menawarkan tiga daripada pelan internet jalur lebar mereka untuk promosi, termasuklah Digi Fibre 150 dengan kelajuan 300Mbps, Digi Fibre 190 dengan kelajuan 500Mbps dan Digi Fibre 270 dengan kelajuan 800Mbps.

Kempen Digi JomFibre ini, yang bermula hari ini sehingga 30 November kelak akan membolehkan pelanggan pascabayar Digi sedia ada untuk melanggan pelan-pelan internet gentian optik ini dengan harga rebat untuk kontrak selama 24 bulan.

Jika pelanggan pascabayar Digi mendaftar untuk pelan Internet gentian optik DigiFibre sepanjang tempoh kempen ini, mereka boleh menerima rebat bulanan sekurang-kurangnya RM35 sebulan dengan pelan Digi Mobile 60, dan sehingga RM50 jika mereka mempunyai langganan Digi Mobile yang lebih tinggi.

Untuk 2000 pelanggan Digi pertama yang melanggani pelan DigiFibre 150, mereka juga akan menerima baucar paparan pintar Samsung yang bernilai RM150 yang boleh digunakan untuk membeli paparan tersebut.

Digi juga mengatakan bahawa mereka sedang mengadakan peraduan mingguan di platform media sosial mereka di Facebook dan Twitter sepanjang kempen ini dimana pelanggan-pelanggan Digi berpeluang memenangi langganan Digi Fibre selama dua tahun secara percuma.

Bagi pelanggan Digi yang berminat untuk melanggani pelan internet DigiFibre ini, anda boleh ke kedai Digi Store terdekat anda, atau ke laman web Digi Fibre untuk maklumat lanjut.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami