Samsung SmartThings Find Digunakan 230,000 Setiap Hari Untuk Mencari Objek Yang Hilang

Diterbitkan pada Sep 14, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Samsung SmartThings Find diumumkan Oktober tahun lalu sebagai ciri menjejak pelbagai produk di bawah ekosistem Samsung yang hilang seakan Apple Find Me. Dengan SmartThings Find, bukan sahaja telefon pintar boleh dijejak, tablet, TWS, jam tangan pintar, S Pen Pro dan objek dengan Samsung SmartTags dapat dijejak dengan lebih mudah.

Samsung hari ini mengumumkan lebih 100 juta nod SmartThings Find telah diwujudkan oleh pengguna setakat ini dengan ciri mencari objek yang hilang digunakan lebih 230,000 kali sehari. Dengan ciri ini terbina terus pada peranti keluaran mereka, proses mencari objek adalah lebih mudah kerana adalah setempat. Menerusi teknologi UWB yang disokong pula, penjejak objek SmartTag+ boleh dijejak lokasinya dengan bantuan realiti terimbuh.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami