iPad Mini Kini Hadir Dengan Rekaan Baru, 5G, Skrin Sedikit Besar, Bermula RM2,299

Diterbitkan pada Sep 15, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Hari ini di Apple Event, Apple telah melancarkan iPad Mini serba baharu selepas sekian lama tablet ini tidak dikemaskini. iPad Mini generasi baharu ini hadir dengan cip pemprosesan yang menawarkan 40% lebih kuasa CPU, 80% kuasa GPU dan 2x ganda kuasa pembelajaran mesin lebih pantas.

Rekaan iPad Mini ini juga diperbaharui dengan panel belakang rata serta sisi rata yang lebih mirip dengan barisan iPad lain. Kemudian, Apple turut menyertakan butang kuasa dengan Touch ID terbina sama seperti iPad Air tahun lalu. Menjadikan iPad Mini ini lebih moden adalah penggunaan USB-C yang menyokong pengecasan pantas 20W serta 10x ganda proses pemindahahan data lebih pantas. Untuk skrin, Apple menggunakan panel Liquid Retina bersaiz 8.3-inci.

Kemudian sokongan selular telah dinaiktaraf kepada 5G yang menyokong muat turun sehingga 3.5Gbps. kamera pula adalah 12MP f/1.8 di belakang dengan ISP baharu yang menawarkan kualiti imej yang lebih baik. Manakal pada kamera swafoto sensor 12MP disudut ultra leba digunakan dengan sokongan Center Stage. Untuk audio sistem pembesar suara stereo yang lebih hebat ditawarkan dan untuk tujuan produktiviti, ia menyokong Apple Pencil genersi kedua.

Harga jualan iPad Mini adalah bermula RM2,299 untuk model WiFi dan storan 64GB, manakala bermula daripada RM2,949 untuk 64GB dengan selular. Pilihan storan adalah sehingga 256GB dan mempunyai pilihan warna merah jambu, starlight, ungu, serta warna klasik space grey.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami