Apple Memperkenalkan iPad Generasi 9 Dengan Cip A13 Bionic – Harga Bermula RM1499

Diterbitkan pada Sep 15, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Apple hari ini telah memperkenalkan kemaskini kepada keluarga iPad asas, iaitu iPad generasi ke-9. Tablet terbaru Apple ini hadir dengan cip Apple A13 Bionic, sekaligus menjadikannya sebagai tablet iPad asas yang paling berkuasa setakat ini.

Seperti ramai sedia maklum, terdapat beberapa penawaran iPad, tetapi iPad asas ini menjadi antara tablet yang popular di pasaran – kerana harga dan penawarannya.

iPad 9 ini juga turut hadir dengan kamera 12-megapixel dihadapan untuk panggilan video – dan turut menyokong Center Stage, yang memfokuskan kepada pengguna ketika dalam panggilan video.

Penawaran lain yang disertakan adalah lebih kurang sama dengan iPad generasi lapan sebelum ini.

Di Malaysia, model iPad ini ditawarkan pada harga bermula RM1499 untuk WiFi sahaja, sementara model WiFi + Selular ditawarkan pada harga bermula RM2119. Storan iPad bermula daripada 64GB – dua kali ganda berbanding generasi sebelum ini.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami