Cari @ Amanz

Apple Mengemaskini Harga Jualan iPhone 12 Mini Dan iPhone 12

Oleh Aman

Link Copied!

Dengan pengumuman siri terbaru iPhone 13 yang akan memasuki pasaran tempatan bermula 8 Oktober kelak, kini Apple turut mengemaskini harga jualan untuk iPhone 12 Mini dan juga iPhone 12.

iPhone 12 Mini kini ditawarkan pada harga bermula RM2899 (dilancarkan pada harga RM3399 pada tahun lepas). Sementara iPhone 12 pula kini disenaraikan pada harga RM3399 (ditawarkan pada harga bermula RM3899 pada tahun 2020).

Selain itu, pengguna turut boleh mendapatkan iPhone 11 pada harga bermula RM2399.


Komen ()