Cari @ Amanz

Di acara Apple Event pagi tadi, Apple telah melancarkan empat iPhone baharu dalam siri iPhone 13. Dua iPhone yang paling premium, iaitu iPhone 13 Pro dan iPhone 13 Pro Max digelar sebagai Apple First kerana terdapat ciri dan fungsi yang hanya terhad kepadanya.

Untuk rakaman video, sudah semestinya dua peranti yang paling mahal ini mempunyai pelbagai sokongan rakaman video yang lebih menarik dan hebat seperti format ProRes, Dolby Vision, HDR dan banyak lagi.

Untuk rakaman video ProRes pada kadar 4K 30fps, ia hanya terhad kepada iPhone 13 Pro dan 13 Pro Max dengan storan 256GB dan ke atas sahaja. Pengguna yang kelak membeli variasi 128GB hanya boleh merakam pada kadar 1080p 30fps.

Format rakaman ini sudah tentu akan memakan lebih banyak ruangan storan. Cuma agak kesian, peranti yang dijual bermula RM4899 tidak dapat menggunakan semua fungsi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd