Realme Band 2 Kini Rasmi Di Malaysia – Harga Bermula RM139

Diterbitkan pada Sep 15, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Realme Band 2 kini diumumkan secara rasmi. Ia merupakan gelang tangan pintar generasi kedua oleh Realme yang membawakan sejumlah perubahan berbanding pendahulunya. Antaranya seperti saiz skrin lebih besar, dilengkapi sokongan sesentuh dan lain-lain.

Bagi yang berminat, Realme Band dijual di Malaysia dengan tanda harga RM169 dan anda boleh mendapatkannya secara eksklusif di Lazada. Lebih menariknya, ia juga ditawarkan pada harga promosi lebih rendah iaitu RM139 sewaktu jualan pertamanya yang bakal berlangsung pada 20 September 2021.

Realme Band 2 menggunakan skrin sesentuh berbentuk segi empat memanjang bersama kemasan sisi yang melengkung. Turut kelihatan, tiada sebarang butang fizikal yang disertakan padanya. Realme Band 2 mempunyai paparan bersaiz 1.4-inci TFT LCD beresolusi 167 X 320 piksel. Ia kelihatan lebih besar berbanding pendahulunya.

Dari segi fungsi, ia hadir dengan sejumlah sensor terbina untuk pemantauan kesihatan termasuk – SpO2 untuk pengesanan ketepuan oksigen dalam darah, kadar denyutan jantung, kiraan kalori harian, pemberitahuan pengambilan air, pemantauan pola tidur serta stress dan banyak lagi. Melengkapinya juga adalah 90 mod sukan untuk kemudahan pengguna.

Dengan bateri 204mAh, Realme mengiklankan gelang tangan pintar ini mampu bertahan mencapai 12 hari lamanya. Bukan itu sahaja, pengguna juga tidak perlu risau sekiranya gelang tangan pintar ini basah akibat terkena air. Sebabnya, Realme Band 2 dilengkapi penarafan kalis air 5ATM.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami