Razer merupakan salah satu jenama yang tidak asing lagi bagi para peminat permainan video. Ia menawarkan sejumlah produk dibawah penawaran gaya hidup, dan terbaru turut telah memperkenalkan Razer Gaming Finger Sleeve.

Razer Gaming Finger Sleeve ini memfokuskan kepada pengguna yang mana tangan mudah berpeluh ketika bermain untuk tempoh lama, selain memberikan keselesaan kepada jari anda.
Buat masa ini, Razer baru mengumumkan ia untuk pasaran global, dan masih belum memasuki. Di Amerika Syarikat, ia ditawarkan pada harga $9.99 sepasang, iaitu sekitar RM41.
Selain Razer, sebelum ini beberapa jenama telah menawarkan sarung jari mereka tersendiri, termasuk pihak Realme.