Cari @ Amanz

Bersama-sama dengan pengenalan Pakej Remaja Keluarga Malaysia, kerajaan hari ini turut mengumumkan inisiatif baharu, dinamakan sebagai Pakej Peranti Keluarga Malaysia.

Pakej Peranti Keluarga Malaysia ingin memudahkan rakyat Malaysia dalam memiliki dan menaik-taraf peranti mereka kepada sokongan 4G dan VoLTE.

Untuk tujuan ini, pengguna boleh melakukan langganan pakej telekomunikasi pada harga serendah RM40 sebulan secara kontrak selama 12 hingga 24 bulan, dan mendapatkan sebuah peranti dengan sokongan 4G dan VoLTE.

Langganan pakej ini juga turut akan hadir dengan penawaran 1GB data percuma untuk aktiviti produktiviti.

Kerajaan mengumumkan tempoh untuk mendaftar pakej ini dan juga Pakej Remaja Keluarga Malaysia adalah bermula 15 Oktober 2021 sehingga ke 15 April 2022 kelak.

Langkah ini dilihat mungkin akan memudahkan dan mempercepatkan lagi peralihan, apatah lagi dengan rangkaian 3G yang bakal ditamatkan pada penghujung 2021 ini oleh pelbagai syarikat telekomunikasi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd